Tuesday, December 19, 2006

Sokong barang buatan Malaysia

Dulu selalu ada kempen suruh sokong barang Malaysia punyer. Tapi dpt sambutan tak? Semuanya bergantung kepada kita para pengguna. Klu kiter beli barang buatan Malaysia, kita dah tolong kerajaan dari segi ekonomi. Bukan tue jer, malahan kiter dapat menyelamatkan nyawa saudara Islam kiter. Cam mane nak selamatkan diaorang? Nie ler yang aku nak story skang. Korang tau tak, produk yang dijual kat Malaysia kebanyakannya kepunyaan syarikat Israel. Cthnya, NOKIA, MCDONALD, MAYBELINE, COCA-COLA, PEPSI dan banyak lagi. Setiap keuntungan yang diaorang dapat, yakni duit kiter, diserahkan kepada kerajaan Israel. Dimana mereka menggunakan wang tue untuk membeli senjata,bom, peluru dan digunakan untuk menyerang negara2 Islam seperti Iraq, Afghanistan dan lain2. Ianya diibaratkan seperti setiap seringgit yang kita belanja ke atas produk diaorang sama seperti sebutir peluru yang digunakan untuk membunuh seorang saudara Islam kita. Jadi aku rasa korang boleh fikir yang mana baik dan yang mana buruk. So, aku seru kat korang semua untuk beli barang buatan Malaysia. Tapi klu ader barang yang kita nak guna sangat2 tapi takde yang Malaysia punyer, takpelah korang boleh beli yang brand luar negara. Nak buat camane kan, darurat. Apapun, jadilah pengguna yang bijak yerkkk.

Wednesday, November 29, 2006

Kelebihan orang yang berpuasa

Dari Sohal bin Saad R.A katanya, sabda Rasulullah S.A.W.,
Di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil Ar-Rayan.Orang2 yang diperkenankan masuk melalui pintu itu ialah orang yang berpuasa manakala orang yang tidak berpuasa tidak dibenarkan masuk melalui pintu tersebut. " Wahai orang2 yang berpuasa." Lalu mereka masuk ke dalam pintu tersebut sehingga orang yang terakhir masuk, pintu itupun ditutup sehingga orang lain tidak dapat masuk.

4 Kunci Kebahagiaan

Dari riwayat Ibnu Hibban Rasulullah bersabda, maksudnya
" 4 perkara yang membawa kebahagiaan iaitu: "
  • Wanita yang solehah
  • Rumah yang luas
  • Jiran yang baik
  • Kenderaan yang selesa
Huraian: Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam dimana kehidupan yang sempurna memerlukan 4 elemen asas yang penting.

  1. Wanita yang solehah: isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
  2. Rumah yang luas: rumah yang boleh memberikan keselesaan utk bermesra dengan kelurga dan anak2 disamping dapat melapangkan fikiran dengan baik.
  3. Jiran yang baik: jiran merupakan orang yang paling rapat slps sanak saudara. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat.
  4. Kenderaan yang selesa: kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

Thursday, November 23, 2006

Khasiat Surah Al-Qautsar

  • Allah memakbulkan doa kita ketika hujan dengan membaca surah ini .
  • Jika kita kehausan dan tiada air bacalah surah ini dan gosok di leher, insyaAllah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebnyk 10 kali pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah memberi ilham pd kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1000 kali rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara, baca surah ini sebanyak 71 kali, Allah akan memberi bantuan padanya.

InsyaAllah jika mengamalkan surah ini, banyak lagi khasiat yang bakal diperolehi.

Wednesday, November 22, 2006

Pakwe / Makwe

Aku sure korang mesti ader pakwe/makwe kan? Nie aku nk cakap pasal keburukan bergewe. Menurut 1 sumber menyatakan klu korang antar SMS kat gewe korang, korang dah wat bnyak dosa. First, tgn korang dosa coz tulis mesej, second mata korang dosa coz baca mesej yg gewe korang antar, next otak korang dosa coz asyik teringat kat si dia je. Tengok punyalah banyak dosa yg korang dah buat. Tue baru main antar mesej je. Klu korang cakap ngan phone ke, atau pegi dating ke, lagi le bnyk dosanya. So, aku nasihatkan x payah mengada2 nk bergewe. Terutamanya yg still study tue. Study molek dulu, get a life pas tue baru fikir pasal benda nie. Satu lagi, kalau korang nk kwn ngan dak laki/pompuan jagalah batas2 pergaulan yerk. Amalkan.

Bahas BM SCIFER

Baru-baru nie skoolz aku, SCIFER, buat pertandingan bahas BM peringkat sekolah. Kiranya lawan antara kelas. Semua sekali ader 5 class. 2Alpha, Beta, Delta, Gamma n Lambda. Wakil class aku ( 2G), aku, Nizar, Hanis n Ain. Walaupun kitaorg juz dpt saguhati, tapi kitaorg puas hati sbb kitaorg dah cuba sebaik mungkin, kitaorg enjoy dan redha jelah. Oh yes, aku ngan Nizar,Muhaimin dan dibantu oleh Aisyah gak jadi faci class 1Gamma. Debaters diorang are, Haikal, Fahmi, Dayah n Farah. Diorang pon dpt saguhati gak. Tapi takpelah, at least kitaorg dpt timba pengalaman. Buat budak f1 nanti bleh cuba lagi . InsyaAllah, dgn pengalaman yang korang dah ada skang korang bleh berjaya. Utk f2 juara 2Beta, naib juara 2alpha. F1 lak, juara 1Lambda, naib juara 1Beta.

Tuesday, November 21, 2006

12 bintang zodiak

Aku tau korang mesti minatkan nak tau pasal zodiak korang .Beli majalah mesti belek ruang zodiak dulu. Klu aku, aku tak minat sgt baca zodiak nie .Bknnya betul pon.Diaorg main teka je,masa depan konon. Dahle tue,berdosa tau percaya menatang zodiak nie. Korang bayangkan kita tengok sekilas ataupun kita baca saje-saje pon berdosa, inikan plak klu korang percaya benda nie. So konklusinya, korang tak payah ler nk percaya menatang nie.Nasib dan takdir kiter semuanya di tangan Tuhan.

Tunjuk ajarku Shifu

YEZZA..... ngan tunjuk ajar abah , blog aku dah siap. Cun tak? Apapon buat korang yang ngah tengok blog aku nie mekasih coz sudi jengok.

Nanti ader banyak benda menarik aku nak ghoyak. Stay tuned.....

First Blog

Yeeee... aku dah ada blog sendiri. Abah yang ajarr. Mujurlah ada Jurulatih ICT kat rumah sendiri.

Ok... next stroy, comingggg soooon!