Jika kamu kasih pada seseorang , simpanlah sedikit rasa benci kerana mungkin orang yang kamu kasihi itu adalah musuhmu yang paling ketat. Jika kamu membenci seseorang , maka simpanlah juga sedikit rasa kasih kerana orang yang kamu benci itu bisa menjadi sahabat yang paling mulia.
Oh, mengapakah ini semua terjadi
kehancuran wanita akhir zaman
martabatnya kini dipandang hina
maruah tiada terbela
anak gadis menjadi bahan mainan
hamba nafsu serakah insan durjana.
apakah daya dirimu wanita
akhirnya batinmu terseksa
pilunya di dalam jiwa
hidupmu diselubungi duka.
jalan yang disangka membawa bahagia
derita menati di sana.
Sedarlah oh wanita
dirimu amat berharga
pertahankan maruahmu
tinggalkan lembah hina
kembalilah kepada Allah
carilah keredhaannya
masih ada kesempatan dan masa
sebelum kau menemuinya
WAHAI WANITA AKHIR ZAMAN
1 comment:
NI abah nak ingatkan jangan bubuh benda or cerita yang bukan-bukan dalam blog ni.
Post a Comment