Friday, April 27, 2007

KISAH BENAR

Aku nak kongsi satu cerita dengan korang. Cerita nie cerita benar, bukannya aku saje2 reka. Cerita nie berlaku di sekolah aku. Adaler sorang kawan aku nie, dia sekelas dengan aku tapi kitaorang tak rapat sangat. Dia ni sebenarnya perangai tak berapa elok. Dalam sekolah pakai tudung, tapi luar sekolah tudung hilang tah kemana. Asalnya aku tak percaya bila kengkawan aku cerita pasal minah nie sampailah aku terserempak dengan dia kat KB Mall, aku terkejut giler tengok penampilan dia. Tak pakai tudung, baju singkat sendat plak tue, jeans ketat, Masya-Allah. Aku dah lama niat nak tegor dia tapi yelah kitaorang bukannya rapat sangat walaupun sekelas. Dia memang sosial gile dengan jantan, semua jantan dia layan. Kadang2 aku tengok dia macam takde batas nak bergaul dengan jantan.
Mase form 2, dia mula ade sorang pakwe. Pakwe die form 4, orang panggil die Potter. Kawan aku nie memang suka habis dekat si Potter nie, tak kiralah orang kutuk Potter macam manapun dia tetap back up Potter, sayang ler konon. Satu sekolah tahu pasal hubungan diaorang tapi kitaorang tak tahu yang diaorang buat perkara yang terkutuk. Sekarang nie die ngan pakwe dia dah f3 and f5. Tahun nie dua-dua nak ambil periksa penting tapi sebab diaorang dah buat kesalahan terima jelah akibatnya. Diaorang berdua dah lama 'bersama', nasib baik belum sampai tahap yang lagi teruk baru pegang, cium je tapi tue pun merupakan satu dosa besar spt dosa berzina. Mujurlah ada budak f1 yang nampak perbuatan diaorang kalau tak entah sampai bile lah diaorang akan selalu bergelumang dengan dosa. Akhirnya , diaorang kena buang sekolah. Mak kawan aku nie memang sedih giler, mana taknya malu anak dah buat perkara terkutuk. Kalau tak salah aku sampai sekarang mak dia tak nak cakap dengan dia. Tak tahulah macam mana dia boleh hidup tanpa restu mak die.
Baiklah, ituler yang aku nak cerita. Jadi pengajarannya tak payahler nak bercinta. Menyusahkan diri je.

PMR???!!!

Lama bonar den tak menulih nie baru ada chance. Tak sangka betol tahun nie aku dah form 3, ada 4 bulan lagi nak trial PMR, sebulan pas tue real PMR pulak. Adusss.. tension bebenor memikir pasal nie. Lonie tengah pikir pasal banyak benda, nak siapkan kerja kursus sejarah, geografi, KH dah tue kerja sekolah bertimbun plak terutamanya math. Nak ulangkaji pon tak sempat. Kalau balik cuti kat rumah tak rasa macam cuti, homework banyak gilerrr terutamanya math. Kat rumah bukannya buat kerja sangat, banyak godaan. Kalau tak makan, tido. Kalau tak tido, tengok tv. Kalau tak tengok tv, .....buatla apepon. Sebab tue kerja selalu tak siap. Biler balik sekolah haa... jeng jeng..mampus ler kena bebel dengan cikgu. Cikgu sekolah Faris nie baik sikit, diaorang tak suka pukul@denda budak diorang just marah2 je,tapi kalau denda jugak paling koman pun diri atas kerusi jerr.
Apapun, aku akan study molek. Biar PMR nanti aku dapat 8A. Aku nak lawan kakak aku (dia dapat 7A), Insya-Allah. OKlah, aku harap budak form 3 sekolah Faris tahun nie akan berjaya dan dapat 100%A1. Gud lark semua terutamanya 3 Gamma. Chow!

Tuesday, December 19, 2006

Sokong barang buatan Malaysia

Dulu selalu ada kempen suruh sokong barang Malaysia punyer. Tapi dpt sambutan tak? Semuanya bergantung kepada kita para pengguna. Klu kiter beli barang buatan Malaysia, kita dah tolong kerajaan dari segi ekonomi. Bukan tue jer, malahan kiter dapat menyelamatkan nyawa saudara Islam kiter. Cam mane nak selamatkan diaorang? Nie ler yang aku nak story skang. Korang tau tak, produk yang dijual kat Malaysia kebanyakannya kepunyaan syarikat Israel. Cthnya, NOKIA, MCDONALD, MAYBELINE, COCA-COLA, PEPSI dan banyak lagi. Setiap keuntungan yang diaorang dapat, yakni duit kiter, diserahkan kepada kerajaan Israel. Dimana mereka menggunakan wang tue untuk membeli senjata,bom, peluru dan digunakan untuk menyerang negara2 Islam seperti Iraq, Afghanistan dan lain2. Ianya diibaratkan seperti setiap seringgit yang kita belanja ke atas produk diaorang sama seperti sebutir peluru yang digunakan untuk membunuh seorang saudara Islam kita. Jadi aku rasa korang boleh fikir yang mana baik dan yang mana buruk. So, aku seru kat korang semua untuk beli barang buatan Malaysia. Tapi klu ader barang yang kita nak guna sangat2 tapi takde yang Malaysia punyer, takpelah korang boleh beli yang brand luar negara. Nak buat camane kan, darurat. Apapun, jadilah pengguna yang bijak yerkkk.

Wednesday, November 29, 2006

Kelebihan orang yang berpuasa

Dari Sohal bin Saad R.A katanya, sabda Rasulullah S.A.W.,
Di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil Ar-Rayan.Orang2 yang diperkenankan masuk melalui pintu itu ialah orang yang berpuasa manakala orang yang tidak berpuasa tidak dibenarkan masuk melalui pintu tersebut. " Wahai orang2 yang berpuasa." Lalu mereka masuk ke dalam pintu tersebut sehingga orang yang terakhir masuk, pintu itupun ditutup sehingga orang lain tidak dapat masuk.

4 Kunci Kebahagiaan

Dari riwayat Ibnu Hibban Rasulullah bersabda, maksudnya
" 4 perkara yang membawa kebahagiaan iaitu: "
  • Wanita yang solehah
  • Rumah yang luas
  • Jiran yang baik
  • Kenderaan yang selesa
Huraian: Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam dimana kehidupan yang sempurna memerlukan 4 elemen asas yang penting.

  1. Wanita yang solehah: isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
  2. Rumah yang luas: rumah yang boleh memberikan keselesaan utk bermesra dengan kelurga dan anak2 disamping dapat melapangkan fikiran dengan baik.
  3. Jiran yang baik: jiran merupakan orang yang paling rapat slps sanak saudara. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat.
  4. Kenderaan yang selesa: kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

Thursday, November 23, 2006

Khasiat Surah Al-Qautsar

  • Allah memakbulkan doa kita ketika hujan dengan membaca surah ini .
  • Jika kita kehausan dan tiada air bacalah surah ini dan gosok di leher, insyaAllah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebnyk 10 kali pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah memberi ilham pd kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1000 kali rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara, baca surah ini sebanyak 71 kali, Allah akan memberi bantuan padanya.

InsyaAllah jika mengamalkan surah ini, banyak lagi khasiat yang bakal diperolehi.

Wednesday, November 22, 2006

Pakwe / Makwe

Aku sure korang mesti ader pakwe/makwe kan? Nie aku nk cakap pasal keburukan bergewe. Menurut 1 sumber menyatakan klu korang antar SMS kat gewe korang, korang dah wat bnyak dosa. First, tgn korang dosa coz tulis mesej, second mata korang dosa coz baca mesej yg gewe korang antar, next otak korang dosa coz asyik teringat kat si dia je. Tengok punyalah banyak dosa yg korang dah buat. Tue baru main antar mesej je. Klu korang cakap ngan phone ke, atau pegi dating ke, lagi le bnyk dosanya. So, aku nasihatkan x payah mengada2 nk bergewe. Terutamanya yg still study tue. Study molek dulu, get a life pas tue baru fikir pasal benda nie. Satu lagi, kalau korang nk kwn ngan dak laki/pompuan jagalah batas2 pergaulan yerk. Amalkan.